Assalamualaikum wbt .
Rasa bersyukur sebab dapat tengok dan rasa nikmat yang Allah bagi . Subhanallah ! Maha Suci Allah ! Cantik nya Allah ! Hebatnya Dia ! Gambar dekat atas ni diambil semasa dalam perjalanan nak pergi Kuala Pilah , tak silap dekat highway area sempadan Melaka-Negeri Sembilan .
Kadang-kadang manusia terlalu sombong . Nak pandang langit pun susah . Nasib baik , kalau pandang masa nak keluar , atau tengah mendung dan hari nak hujan . Masa tuh baru pandang langit , tapi masih tak rasa nikmat sebenar . Mulut seakan terkunci , nak sebut Subhanallah pun susah . Ayat yang keluar
Hari mendung . Nak Hujan .
Leka nya kita pada ciptaan Dia . Sombongnya kita mengakui nikmat dari Dia . Bersyukurlah , hari ini kita masih mampu lihat langit kita biruuuu , cantik , tenang dan damai . Kasihan pada saudara islam kita dekat Palestine sana , saya kira memang tak nampak dah langit sebegitu cantik macam dekat Malaysia sekarang ni . Mungkin berbeza dengan kita dekat sini .
Langit mereka penuh dengan asap . Langit mereka penuh dengan jet-jet pejuang zionis . Langit mereka penuh dengan hujan-hujan peluru dan lontaran-lontaran bom . Tak cukup ke semua gambaran ni buat kita sedar ?
Kita semua tak merasa . Tak merasa ditembak , tak rasa dijajah , tak nampak darah mengalir sana-sini. Kita mungkin rasa sebak , rasa sedih tapi cukup ke dengan rasa itu untuk bantu mereka dekat Palestine sana ? Tak cukup dengan merasa simpati wahai kawan !
Kita memang TAK MAMPU nak angkat senjata nak tembak zionis Israel . Tapi kita TERSANGAT MAMPU tadah tangan kita dgn berdoa kpd Allah untuk kesejahteraan mereka .
Semua yang berlaku ada hikmah . Ya ! ada hikmah . Yakinlah pada Allah .
#semoga hati ini , jasad ini dan jiwa ini sentiasa redha demi Nya .
