Wordless Wednesday : One


#Istiqamah pimpin jalan ke syurga .

♥ Im Muslim . Yeah proud to be Muslimah Allah ♥

Niat Puasa di Bulan Ramadhan ,

Assalamualaikum ,


Marhaban Ya Ramadhan .
Gagahkan diri untuk Allah .
Teguhkan hati demi cinta Nya .


Lafaz Niat Puasa Sebulan


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz Niat Puasa Harian 

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksud : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

#Selamat menunaikan ibadah puasa :)

♥ Im Muslim . Yeah proud to be Muslimah Allah ♥

Bila kita rasa ujian ini berat .

Assalamualaikum ,


Bila kita rasa ujian ini berat ,

Pandanglah langit . Letak tangan di dada , senyum dan ucaplah alhamdulilah . Allah sedang melihat kita . Bila Allah pandang maknanya Allah sayang . Bila Allah uji maknanya Allah cinta :)


Bila kita rasa ujian ini berat ,

Throwback kisah kisah silam kita . Check semula dosa dosa semalam kita . Bila kita dah buat salah , mesti lah ada pengajaran disebalik itu . Pasti juga ada hukuman atas kesalahan kita . Jadi , anggap ujian ini hukuman atas setiap dosa dan kesalahan yg pernah kita buat . Didik hati untuk bersyukur sebab kita dah diberikan hukuman di dunia yg ternyata lebih ringan dari hukuman di akhirat :)

Bila kita rasa ujian ini berat ,

Peluklah Al Quran , letak di dada seberapa lama yg kita mahu . Baca dan fahami setiap ayat . Allah akan salurkan ketenangan yang hanya akan dirasa oleh hati :)

Bila kita rasa ujian ini berat ,

Latih mata , telinga dan mulut untuk bekerjasama dengan hati . Bila 3 anggota ini positif , In Shaa Allah hati turut positif :)


La Tahzan . Allah sentiasa ada meski manusia berlari meninggalkan kita .






♥ Im Muslim . Yeah proud to be Muslimah Allah ♥