Tanda Allah Cinta dan Benci

Assalamualaikum . Nak kongsi sikit ,


Suatu ketika Nabi Musa bertanya kepada Allah,

" Wahai Tuhanku, bagaimana saya boleh mengetahui tanda orang yang Engkau cintai dan Engkau benci ?"

Tuhan lalu berfirman :

 " Wahai Musa, sesungguhnya apabila Aku mencintai hamba-Ku, akan ada dua tanda baginya. Pertama, ringan untuk berzikir kepadaku supaya aku mengingatinya pada malaikat langit dan bumi. Kedua, aku pelihara dia dari perbuatan haram, agar seksa dan murka-Ku tidak menimpanya. 
Wahai Musa jika Aku membenci seseorang, maka ada dua tanda untuknya. Pertama, Aku lalaikan dia berzikir kepadaku. Kedua, aku biarkan dia dengan nafsunya supaya terperangkap dengan perbuatan yang haram, sehingga seksa dan amarah-Ku menimpanya "


Seseorang yang sentiasa hatinya tenang , bersikap sederhana dan dapat mengawal perasaan adalah orang orang yang dekat hatinya dengan Allah kerana sentiasa berzikir memuji dan mensyukuri kekuasaan penciptanya , Alllah SWT . Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah ! Insya Allah :)



Mood nak buat report tak kunjung tiba T.T

♥ Im Muslim . Yeah proud to be Muslimah Allah ♥