Tanda - tanda KEMATIAN .

Assalamualaikum . Semoga Allah merahmati kita semua :)


Bercakap pasal kematian ? Semua orang mati kan ? Bukan ORANG jee , semua benda hidup pun ada hayat sampai berapa lama boleh hidup . Tapi macam mana nak tahu BILA kita mati ? BAGAIMANA kita mati ? hah , sayang - sayang sekalian , itu rahsia ALLAH . Allah tak bgtahu kita secara direct , kalau kita tahu bila kita mati , macam mana kita mati , kalau macam tuh takde lah orang nak buat dosa kan ? mesti semua berebut - rebut beribadat . Sedangkan kita kat dunia niyh Allah bagi tanggungjawab , bukan nya suka - suka menikmati duniawi je . Tapi , Allah bukan merahsiakan terus kematian niyh , DIA bagi kita tanda - tanda sebelum kematian . Tapi tanda - tanda niyh kalau kita tak aware , kalau kita tak teliti kita sendiri tak kan rasa . Sebab itu Allah selalu suruh kita ingat mati , rindu mati . Semoga kita sentiasa dekat dengan DIA . 

Nak tahu tak apa tanda - tanda kematian 100 hari sebelum , 40 hari sebelum , 7 hari sebelum , 3 hari sebelum dan sehari sebelum kematian ?

Selamat Membaca Sayang :)

100 hari sebelum kematian : Lazimnya berlaku selepas Asar , tubuh badan akan mengigil dan bergetar dari hujung rambut ke hujung kaki . Getaran ini akan hilang sebaik sahaja kita merasakan dan terdetik di hati bahawa inilah tanda mati . 

40 hari sebelum kematian : Tanda ini berlaku sesudah waktu ASAR apabila merasakan bahagian pusat berdenyut - denyut . Pada saat ini , daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas arash Allah . 

7 hari sebelum kematian : Tanda ini diberikan kepada mereka yang menghadapi musibah seperti sakit . Orang yang tiada selera untuk makan tiba - tiba merasakan seleranya sudah kembali malah berselera lebih dari hari hari sihatnya . 

3 hari sebelum kematian : Di antara dahi kiri dengan dahi kanan seperti berdenyut , maka inilah tanda 3 hari sebelum kematian . Jika tanda ini dapat dikesan , maka dinasihatkan berpuasalah kerana kita memberi jalan untuk memudahkan orang yang akan menguruskan jenazah kita nanti . Dengan berpuasa , dapat mengurangkan najis yang ada di dalam perut kita . Ketika ini juga , mata hitam kita tidak akan bersinar lagi seperti biasa , hidung akan layu jika dilihat dari tepi sisinya bagi orang yang sedang sakit dan tapak kaki yang melunjur akan perlahan - lahan jatuh ke depan serta sukar untuk ditegakkan .

sehari sebelum kematian : Denyutan akan dirasai di bahagian belakang ubun ubun selepas waktu asar yang akan memberikan tanda inilah waktu asar yang terakhir untuk kita . 

TANDA AKHIR sebelum kematian :Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian

Halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam

diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang

akan mematikan pula .


kawan - kawan yang diredhai Allah , kesempatan untuk bernafas pada hari ini adalah anugerah dan peluang untuk kita bertaubat andainya tiada lagi hari esok . Semoga kita semua sentiasa diberikan peluang untuk terus beriman dan neribadah kepada ALLAH selagi ajal belum menjemput , Kepada NYA kita datang , kepada NYA juga lah kita pergi . Wallahualam .

Terima Kasih Kepada Yang Berkongsi <3





♥ Im Muslim . Yeah proud to be Muslimah Allah ♥