Malu Seorang Mukmin .

sebagai mukmin , kita dituntut oleh islam untuk menjadikan perasaan malu itu sebagai perisai diri . ya . sudah tentu malu itu sebagai perisai yang menyelamatkan kita dari tertusuk bilah tajam .

ada tiga jenis MALU yang sangat dituntut untuk disempurnakan dalam islam adalah :

#malu dengan Allah 
#malu dengan manusia
#malu dengan diri sendiri

pertama sekali malu kepada Maha Pencipta Ya Allah . Malu kepada Allah adalah apabila kita malu untuk berbuat kejahatan dengan menjauhi segala larangan Nya . Perasaan malu ini ternyata dapat menyelamatkan kita dari melakukan sesuatu yang bukan-bukan sehingga menimbulkan dosa yang kecil mahupun besar . Sebagai contoh , kita malu untuk mencuri kerana kita tahu Allah Maha Melihat segala apa yang kita lakukan . Ternyata perasaan malu menyelamatkan kita dari ingin mencuri !

Malu dengan manusia adalah apabila kita malu untuk menyakiti manusia yang lain . Mengumpat , mencaci dan menghina dapat dielakkan jika kita sentiasa malu untuk menyakiti sesama sendiri . Lihat , memang betul lah Malu itu sebahagian dari iman ! kita berjaya mengawal diri dari menghampiri dosa dosa yang sering kita lakukan seterusnya meningkatkan keimanan sendiri .

akhir sekali malu dgn diri sendiri . Perasaan malu itu terbit apabila kita dapat menjaga kehormatan dan harga diri . Malu unutk mempamerkan bentuk badan , malu untuk membuka aurat dan malu untuk bertindak di luar personaliti seorang muslimah !

sesungguhnya iman itu ada 70 cabang dan salah satu antaranya adalah MALU .

sama sama lah kita tanamkan perasaan malu dalam mencari keredhaan Alllah ! :) 


 malu biarlah bertempat ! 


♥ Im Muslim . Yeah proud to be Muslimah Allah ♥